Monday, May 23, 2011

Sepetang Bersama Nur Kasih.

sana-sini manusia normal akan cakap pasal Nur Kasih The Movie(kalau yang hati batu memang dia buat keras). sampaikan dalam berita pun dah tolong promotekan apa kes? ececeh. macam ayat tak puas hati pulak. padahal aku pun salah seorang manusia yang tak lari dari terkinja-kinja bila tengok iklan T____T' memang aku dah bajet tak akan serang panggung masa hari pertama. kalau aku terjah masa hari pertama, memang makan popcorn sambil sedut air pepsi dekat kaunter la jawabnya. yelakan. kedah bukan banyak sangat tempat hiburan-hiburan macam nie. kalau tak silap aku, Jitra ada satu, Alor Star ada satu. fair and square. memang tenang kedah nie. aman dan damai. hehe :')

bila dah masuk hari ketiga, aku pun rasa-rasa dah boleh survive kalau nak beratur beli tiket. haha. bukan apa, malas aku nak beratur panjang-panjang semata-mata nak tengok cerita satu jam setengah. sebab aku memang bukan wayang-mania yang memang akan terjah wayang. nope! kalau ada cerita best, baru aku layan. itu pun kalau ada kawan-kawan yang kamceng. kalau tak memang aku akan buat kuak lentang dekat rumah jela. memang aku prefer duduk diam-diam dalam rumah kalau nak dibandingkan keluar merapu tak tentu hala sebab kalau keluar tanpa arah tujuan, hasilnya sia-sia kan? so lebih baik bersantai-santai di rumah sambil makan nugget panas :)

aku ajak kawan baik aku keluar nak tengok Nur Kasih petang tadi. mula-mula sampai bila tengok screen dekat kaunter memang pilu la kan. tiket sold out. SOLD OUT! ouh kecewa gila bai! T____T yang ada cuma show malam. oh-my-den! kalau nak kena tempeleng laju-laju dengan mak sampai tercabut telinga cuba la tengok. memang frust, sebak, sedih, pilu dan amat menyayat hati lantas meruntun jiwa. tsk tsk tsk :( tapi tiba-tiba ja kawan aku cakap eh eh ada la petang. aku pun pelik sebab masa aku tengok dah tadak show petang melainkan SOLD OUT. ajaib! dengan riang gembira kami pun terjah kaunter. yeayy! (dalam hati aku cakap mungkin abang tuh berkenan dengan aku kot sampai sanggup buka show baru. bahaha!)

show mula lepas asar, so kami sembahyang lepas tu makan-makan sebab memang kami dua orang belum lunch lagi padahal waktu keluar rumah petang tadi dah pukul dua lebih(saja cari alasan nak makan luar. hehe). perut pun dah kenyang, mulalah mata pun meronta-ronta mahu dijamu dengan santapan yang enak-enak. sambil buat lawatan tak berapa nak mengejut, dapat la rembat barang-barang yang berkenan di hati. salah hati la nie! pandai-pandai ja terjatuh dekat benda-benda yang menarik. dah terbeli dengan tidak sengaja :')

dah masuk panggung rasa nervous semacam ouh! (macam aku pulak jadi Nur Amina. haha) memang dari mula filem Nur Kasih The Movie sangat best okay. SANGAT BEST! panggung memang penuh tapi boleh kata, semua orang hayati cerita tu. amazing! sangat lancar jalan cerita Nur Kasih. berbaloi aku keluarkan RM10 duit tabung simpanan dalam tin biskut. sampai aku menangis ouh T___T memang sebak part Adam carikan cincin Nur. wah! sangat romantik ouh :') banyak lagi scene yang superb dalam filem nie. dengan lokasi shooting yang auwsome. I'm totally speechless! you should try experience it by yourself, then you will know better. filem nie bukan sekadar berunsur cinta semata-mata, tapi yang paling penting diselitkan dengan unsur-unsur keagamaan. puas hati ouh. touching bangat sih T____T' bila show dah habis semua pakat lap hingus masing-masing. euww! haha.

1# MUKA MALAS                2# SAHABAT BAIK

 3# LUNCH TIME LOL!



5# FRIENDS FOREVER. XOXO! 
6# BELI SNOWBALL UNTUK DIRI SENDIRI



6# FEEL NUR AMINA.                                                              
7# ADAM TENGOK AKU EH!









Sunday, May 22, 2011

New!

HYE! NAMA SAYA FATIN SYAHIRA :')
sempena cuti semester, aku tiba-tiba merajinkan diri menggeledah nak designkan belog. kehkehkeh. kalau bab-bab nie rajin benau tapi kalau bab kemas rumah memang failed LOL! haha :') tapi sekali tengok macam gedik semacam pulak kan header baru nie tapi aku suka bangat sih. nampak comel. kahkahkah. (masuk lif tekan sendiri) kalau rasa nak muntah tuh cepat-cepat masuk toilet okay? hehe.

kalau design-design belog nie memang aku lebih prefer yang simple but nice. nampak kemas dan tak serabut. kang serabut-serabai tak pasal-pasal kena migrain bila masuk belog aku so aku rasa bertanggungjawab nak selamatkan otak korang daripada terputus mana-mana wayar. kehkehkeh. (saja buat lawak antarabangsa, tapi kalau tak lawak silalah jangan gelak). so korang rasa template belog baru nie okay tak? kalau tak okay jangan kutuk taw. berdosa LOL! kalau nak kutuk jugak, kutuk dalam hati eh. jangan kuat-kuat!

by the way, aku dah draftkan semua post sebelum-sebelum nie. sorry. bukan apa, rasanya nak mula hidup baru. ececeh. dah macam orang mati laki dah nie. sangat tak boleh blah statement aku >.<' hehe. jangan terasa okay? sayang korang! meh sini nak big hug sikit. muaaaaah :)

Saturday, May 21, 2011

Refresh.

jangan terkejut kalau blog ini terlalu kosong T____T aku memahami perasaan yang kau alami sekarang sebab aku pun rasa benda yang sama. tsk tsk tsk. jangan risau! aku akan sedaya upaya buat yang terbaik. ada aku kisah? langsung tak. haha. bajet kerek pulak. ada jugak yang makan pelempang laju-laju kejap lagi. kau nak? tahu pun cuak. aku pun cuak bab-bab lempang-melempang nie sebab aku bukan gangster okay! saja bikin panas. kau rasa panas tak?


memang blog ini bertukar rupa dalam sekelip mata. aku sendiri pun tak sangka. ingatkan saja-saja nak test template baru tapi apakan daya, nasi sudah basi. tiada gunanya lagi. ececeh. sedih tahap cipan sampai boleh keluar peribahasa baru. nanti aku tanya mak aku kalau-kalau ada darah A. Samad Said mengalir deras dalam badan aku. kehkehkeh. mana tahu kan kalau-kalau ada bau-bau bacang. dapat aku bersajak jiwang-jiwangan. kehkehkeh.


trying harder to be better- Fatin Syahira(2011)

kepada yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa ini, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sudi luangkan masa dan memberi sokongan. kalau tak suka jangan masam muka sebab nanti cepat tua. okay? teruskan membaca!


xoxo!


p/s : Alhamdulillah! keputusan semester 2 dah keluar :')